Monday, March 18, 2019

Kisah Pawang Kadir dan buaya sungai Pahang

CERITA RAKYAT: PAWANG KADIR, PAWANG PERKASA

Pelbagai sumber cerita di BLOG INI

Pada zaman dahulu kala, Sungai Pahang merupakan sungai yang sibuk dengan aktiviti nelayan. Bukan itu sahaja, Sungai Pahang juga pernah menjadi habitat ratusan ekor buaya. Bagi memastikan keharmonian di antara buaya dan nelayan sungai, Sultan Abu Bakar telah memerintahkan  Pawang Diraja, Pawang Kadir untuk mengawal keadaan di Sungai Pahang. 



Pawang Kadir bukan sebarang pawang. Dia merupakan anak kelahiran Kampung Guai, Bera yang hebat kerana boleh berkomunikasi dengan haiwan. Oleh sebab itu, Sultan Abu Bakar Telah mengarahkan Pawang Kadir untuk mengawal buaya-buaya di Sungai Pahang kerana Sungai Pahang merupakan sumber pencarian rakyat Pahang dan juga tempat rakyat menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan membersihkan pakaian. 

Selama beberapa tahun, rakyat Pahang dan buaya Sungai Pahang hidup dengan aman sehingga kemunculan seekor buaya hitam dan besar bernama Karisma. Karisma enggan menurut arahan Pawang Kadir kerada Karisma merasakan bahawa dia lebih kuat dan hebat kerana bersaiz besar serta mempunyai gigi tajam. Oleh sebab itu, Karisma sering mengganggu nelayan sungai dan para wanita yang mencuci pakaian di Sungai Pahang sehingga ada rakyat yang cedera parah.

Berita tentang Karisma sampai ke telinga Pawang Kadir, lalu dia pun pergi ke Sungai Pahang untuk bersemuka dengan Karisma. Karisma pun naik ke darat dengan angkuh dan mengajak Pawang Kadir bertarung. Apabila Karisma hendak terjah membaham Pawang Kadir, tiba-tiba tubuhnya kaku, panas dan giginya gugur semua. Kerana tidak tahan panas, Karisma pun terjun semula ke dalam sungai, tetapi panas tidak juga hilang.

Pawang Kadir menyuruh Karisma berjanji agar tidak bikin kacau di Sungai Pahang lagi jika mahu dilepaskan. Karisma pun menjerit kepanasan dan berjanji untuk menurut apa saja arahan Pawang Kadir. Setelah mendengar perjanjian tersebut, Pawang Kadir pun membebaskan Karisma daripada sumpahan tersebut. Badan Karisma kembali sejuk dan gigi Karisma kembali tumbuh. 

Semenjak kejadian tersebut, tida lagi kejadian gangguan buaya di Sungai Pahang. Sambung baca blog CIKGU  INI

1 comment: