Tuesday, March 19, 2019

Tempat menarik percutian bersama keluarga di Pahang




A) Kawasan Tanah Tinggi

#1 Cameron Highland

Cameroh Highland merupakan percutian tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia. Malah, pada musim cuti, kawasan ini sangat sesak sehinggakan ada pelancong yang terpaksa tidur di dalam kereta kerapa semua hotel telah penuh ditempah. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini pada musim cuti sekolah, rancang percutian anda seawall yang boleh untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Cameron Highlands sangat sesuai dijadikan tempat percutian bagi anda yang berkeluarga. Ini kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersifat santai. Apa yang membezakan cuacanya yang redup dan sejuk sesuai dengan lokasinya yang berada di kawasan pergunungan tinggi.

Di sani, anda boleh melawat ladang teh, taman lavender, taman agroteknologi, ladang strawberi, muzium kembali ke masa lepas, taman kaktus dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba masakan pelik dan unik seperti nasi lemak strawberi dan juga aiskrim lavender sebagai salah satu kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.

Lokasi: Cameron Highland, Pahang.


#2 Genting Highland

Genting Highland adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal sebagai Kota Keriangan. Di sini terdapat taman tema yang terdiri daripada 6 tema iaitu, Champs Elysees, London, Venice, Times Square and Universal Walk, Swiss Alps, Genting Walk. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas mahupun kereta. Dan anda juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel yang disediakan iaitu daripada stesen utama Gahtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan.

Lokasi:  Genting Highlands, Bentong, Pahang.


#3 Bukit Tinggi

Bukit Tinggi adalah kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, dan merupakan sebuah destinasi percutian yang bersuhu dingin.

Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Ini kerana seni bina hotel di sini adalah berkonsepkan reka bentuk bangunan di Negara Perancis.

Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.

Lokasi:  Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.


#4 Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan tempat percutian yang santai dan menarik untuk dikungungi. Bagi yang mencintai alam semulajadi boleh datang ke sini. Keindahan flora dan fauna disini masih kekal dan anda masih boleh menikmatinya. Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius.

Memandangkan bukit ini diambil nama sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai ‘The Little England Of Malaysia’.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda, berbasikal, memanah, bermandi-manda di Air Terjun Jeriau dan menyewa bot berkayuh di Allien’s Water.

Lokasi: Bukit Fraser, Bentong, Pahang



B) Kawasan Alam Semula Jadi


#5 Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang adalah salah satu mercu bagi Negeri Pahang. Ia merupakan taman negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang.  Bagi anda yang inginkan perasaan sebagai seorang kembara yang sejati, inilah dia tempatnya yang amat sesuai untuk apa saja aktiviti berkaitan hutan dan alam semulajadi.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah merentas hutan, melawat perkampungan orang asli, rapid shooting, menaiki bot ke lata berkoh, memberi makan kepada ikan kelah, memerhati haiwan, memancing, eksplorasi gua, mendaki gunung tahan, eksplorasi air terjun dan memerhati burung.

Lokasi: Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.


#6 Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara.

Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!

Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas.

Lokasi: Rompin, Pahang


C) Taman Hiburan Keluarga


#7 Mini Zoo Teruntum

Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.

Terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.

Lokasi: Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang



#8 Bukit Gambang Resort City

Mencari tempat menarik di Pahang untuk family day? Ini jawapannya. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.

Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi.

Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini. Jom terjah tempat meanrik di Gambang ini.

Lokasi: Gambang, Kuantan, Pahang



#9 Taman Tema Air Mini Kubang Gajah

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di tengah Bandar Temerloh. Tiket masuk dewasa berharga RM10, manakala untuk kanak-kanak RM8.

Terdapat banyak kemudahan di taman tema ini seperti pondok berehat, tandas dan kawasan parkir yang luas. Kiosk jual makanan juga terdapat di sini. Malah taman tema ini juga berdekatan dengan masjid.

Walaupun taman tema ini tidaklah sebesar taman tema yang gah-gah seperti Sunway Lagoon ataupun Gambang Water Park, tetapi ia sudah cukup memberi keseronokan dan kepuasan bagi anak-anak untuk bermandi-manda.

Lokasi: Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang


D) Pantai & Pulau


#10 Cherating

Cherating terletak kira-kira 45 kilometer di utara Kuantan, bersempadan Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Terdpat banyak resort dan chalet di tepi pantai yang tersedia di sini. Malah, terdapat hotel dan chalet bertaraf dunia, termasuk Club Med yang terkenal di dunia di Cherating.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Cherating adalah Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Anda juga boleh ke Sungai Cherating untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam.

Lokasi: Cherating, Kuantan, Pahang


#11 Pulau Tioman

Pulau Tioman memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Ia mampu memberikan anda panoramana keindahan pulau yang cantik memukau.

Pulau ini terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam. Selain daripada aktiviti menyelam skuba, banyak lagi aktiviti yang lain boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km. Anda juga boleh melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini dan mendaki gunung.

Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kampung Salang. Antara resort yang popular di Kampung Salang adalah Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman. Kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

Lokasi: Pulau Tioman, Rompin, Pahang

Sumber dan kredit kepada  : bidadari.my

No comments:

Post a Comment