Tuesday, March 26, 2019

Jenis santau dan cara rawatan santau


Santau adalah satu dari cabang sihir di mana amalan ini menggunakan bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi serapah untuk memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan santau tersebut.
Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut. Sebelum menemui ajal (dengan izin Allah), mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang kuat, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, dan juga gangguan emosi.
Keadaan kronik ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh yang panjang yang boleh membawa sampai bertahun-tahun. Satu perkara yang perlu anda tahu tentang santau ialah ianya boleh ‘dilepaskan’ secara terbuka di tempat-tempat terbuka, contohnya seperti di kedai-kedai makan.
Kalau dilepaskan cara begini, sesiapa sahaja berisiko untuk terkena santau tersebut.

Antara ramuan santau

JENIS-JENIS SANTAU
1) Santau makan & minum
Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin (khadam)yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.
2) Santau angin
Untuk santau jenis ini, ramuannya akan ‘ditujukan’ kepada mangsa hanya dari jarak jauh. Ianya dituju menggunakan khidmat jin santau ataupun dengan menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan mangsa dari jarak jauh. Dan untuk santau jenis ini, biasanya ia tidak memerlukan penggunaan makanan atau minuman. Ramuan santau tadi akan dimasukkan secara ghaib terus ke dalam tubuh badan mangsa tanpa disedari. Santau tadi akan dituju terus ke bahagian perut atau dada dengan bantuan jin angin.
3) Santau Tuju
Santau jenis ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta. Ataupun sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa. Contohnya seperti muntah darah dengan serta-merta. Santau tuju biasanya dilakukan selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
4) Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
5) Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden) kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
Bahan-bahan Membuat Santau
  1. Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Simptom-simptom Terkena Santau
Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).
Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
1)   Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2)   Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3)   Demam dan/atau selsema.
4)   Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5)   Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6)   Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7)   Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8)   Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9)   Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10) Sukar tidur malam.
11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:
1)  Batuk berdarah.
2)  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3)  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4)  Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5)  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6)  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7)  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8)  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.
Merawat Pesakit Santau
1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.
2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar’iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).
3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Tuesday, March 19, 2019

Tempat menarik percutian bersama keluarga di Pahang




A) Kawasan Tanah Tinggi

#1 Cameron Highland

Cameroh Highland merupakan percutian tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia. Malah, pada musim cuti, kawasan ini sangat sesak sehinggakan ada pelancong yang terpaksa tidur di dalam kereta kerapa semua hotel telah penuh ditempah. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini pada musim cuti sekolah, rancang percutian anda seawall yang boleh untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Cameron Highlands sangat sesuai dijadikan tempat percutian bagi anda yang berkeluarga. Ini kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersifat santai. Apa yang membezakan cuacanya yang redup dan sejuk sesuai dengan lokasinya yang berada di kawasan pergunungan tinggi.

Di sani, anda boleh melawat ladang teh, taman lavender, taman agroteknologi, ladang strawberi, muzium kembali ke masa lepas, taman kaktus dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba masakan pelik dan unik seperti nasi lemak strawberi dan juga aiskrim lavender sebagai salah satu kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.

Lokasi: Cameron Highland, Pahang.


#2 Genting Highland

Genting Highland adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal sebagai Kota Keriangan. Di sini terdapat taman tema yang terdiri daripada 6 tema iaitu, Champs Elysees, London, Venice, Times Square and Universal Walk, Swiss Alps, Genting Walk. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas mahupun kereta. Dan anda juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel yang disediakan iaitu daripada stesen utama Gahtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan.

Lokasi:  Genting Highlands, Bentong, Pahang.


#3 Bukit Tinggi

Bukit Tinggi adalah kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, dan merupakan sebuah destinasi percutian yang bersuhu dingin.

Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Ini kerana seni bina hotel di sini adalah berkonsepkan reka bentuk bangunan di Negara Perancis.

Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.

Lokasi:  Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.


#4 Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan tempat percutian yang santai dan menarik untuk dikungungi. Bagi yang mencintai alam semulajadi boleh datang ke sini. Keindahan flora dan fauna disini masih kekal dan anda masih boleh menikmatinya. Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius.

Memandangkan bukit ini diambil nama sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai ‘The Little England Of Malaysia’.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda, berbasikal, memanah, bermandi-manda di Air Terjun Jeriau dan menyewa bot berkayuh di Allien’s Water.

Lokasi: Bukit Fraser, Bentong, Pahang



B) Kawasan Alam Semula Jadi


#5 Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang adalah salah satu mercu bagi Negeri Pahang. Ia merupakan taman negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang.  Bagi anda yang inginkan perasaan sebagai seorang kembara yang sejati, inilah dia tempatnya yang amat sesuai untuk apa saja aktiviti berkaitan hutan dan alam semulajadi.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah merentas hutan, melawat perkampungan orang asli, rapid shooting, menaiki bot ke lata berkoh, memberi makan kepada ikan kelah, memerhati haiwan, memancing, eksplorasi gua, mendaki gunung tahan, eksplorasi air terjun dan memerhati burung.

Lokasi: Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.


#6 Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara.

Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!

Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas.

Lokasi: Rompin, Pahang


C) Taman Hiburan Keluarga


#7 Mini Zoo Teruntum

Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.

Terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.

Lokasi: Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang



#8 Bukit Gambang Resort City

Mencari tempat menarik di Pahang untuk family day? Ini jawapannya. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.

Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi.

Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini. Jom terjah tempat meanrik di Gambang ini.

Lokasi: Gambang, Kuantan, Pahang



#9 Taman Tema Air Mini Kubang Gajah

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di tengah Bandar Temerloh. Tiket masuk dewasa berharga RM10, manakala untuk kanak-kanak RM8.

Terdapat banyak kemudahan di taman tema ini seperti pondok berehat, tandas dan kawasan parkir yang luas. Kiosk jual makanan juga terdapat di sini. Malah taman tema ini juga berdekatan dengan masjid.

Walaupun taman tema ini tidaklah sebesar taman tema yang gah-gah seperti Sunway Lagoon ataupun Gambang Water Park, tetapi ia sudah cukup memberi keseronokan dan kepuasan bagi anak-anak untuk bermandi-manda.

Lokasi: Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang


D) Pantai & Pulau


#10 Cherating

Cherating terletak kira-kira 45 kilometer di utara Kuantan, bersempadan Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Terdpat banyak resort dan chalet di tepi pantai yang tersedia di sini. Malah, terdapat hotel dan chalet bertaraf dunia, termasuk Club Med yang terkenal di dunia di Cherating.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Cherating adalah Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Anda juga boleh ke Sungai Cherating untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam.

Lokasi: Cherating, Kuantan, Pahang


#11 Pulau Tioman

Pulau Tioman memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Ia mampu memberikan anda panoramana keindahan pulau yang cantik memukau.

Pulau ini terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam. Selain daripada aktiviti menyelam skuba, banyak lagi aktiviti yang lain boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km. Anda juga boleh melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini dan mendaki gunung.

Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kampung Salang. Antara resort yang popular di Kampung Salang adalah Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman. Kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

Lokasi: Pulau Tioman, Rompin, Pahang

Sumber dan kredit kepada  : bidadari.my

Kemarau landa Malaysia, jangan mengeluh.. ini antara doa ketika cuaca panas..



Cuaca panas adalah kurniaan Allah untuk alam semesta, usahlah ungkapkan keluhan di mulut tentang kepanasan. Inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala sabar atas ujian kepanasan. Jadikan zikir dan ayat –ayat al quran penyejuk hati.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya: Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 153)
Daripada kita mengeluh panas, lebih baik kita berdoa.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ
(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni min Harri Jahannam )
Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu
Gantikan Keluhan Dengan Zikir Ketika Berada dalam Cuaca Panas
“Panasla sekarang nih!”
“Tak larat lah nak keluar,…cuaca sekarang terik…”
“Sekarang cepat penat. Badan alah pada cuaca panas.”
Biasa dengarkan? Aku pun selalu keluar ‘remarks’ macam ni. Belakangan ni, cuaca memang panasnya lain macam sikit. Kat tempat aku, dah lama tak hujan. Terik matahari kat luar tu, kalaulah kita pecahkan telur dan biarkan…confirm boleh masak jadi telur mata kerbau! Hehehe boleh buat lunch
So, hari ni aku nak share dengan korang semua – ketika dalam kepanasan atau berada dalam cuaca yang panas zikirkanlah nama Allah ‘Ya Latif’ sepenuh hati dan berulang-ulang kali. ‘Ya Latif’ bermaksud Yang Maha Lembut. Nama Allah ini digunakan dalam banyak amalan lain contohnya untuk lembutkan hati anak-anak, redakan perasaan marah dan tatkala kita nak berdepan dengan orang yang sukar dibawa berbincang.
Aku belajar tentang zikir ‘Ya Latif’ untuk cuaca panas ni sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak silap, dari salah sebuah buku Hajat (99 Nama Allah). Insya Allah, apabila dizikirkan berulang-kali, Allah akan kurniakan keselesaan pada kita. Walaupun panas terik, dengan izin-Nya, akan ada angin/udara lembut yang mendinginkan kita.
Sumber: Jantakhabar

Monday, March 18, 2019

Sang Kelembai ni wujud ke tak sebenarnya?




Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di negara ini. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.

Sang Kelembai dipercayai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yangditegur akan menjadi batu.Tidak kurang juga yang mengatakan Sang Kelembai ini mampu terbang dan hanya memakan pucuk-pucuk buluh sahaja.

Terdapat beberapa pandangan tentang kewujudan Sang Kelembai. Menurut Harun Mat Piah, dari buku beliau bertajuk Sastera rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Satu Perbandingan. Kelembai berasal daripada manusia yang tinggal di daerah hulu negeri Pahang, Semenanjung Malaysia. Kononnya; ada dua orang adik-beradik, seorang bernama Tak Ong dan adiknya Tatang. Mereka selalu bertarung kerana Tak Ong sentiasa cemburu terhadap kelebihan Tatang. Pertarungan selalu dimenangi oleh Tatang. Dalam cerita ini sentiasa diperlihatkan kegagahan dan kepintaran Tatang. Antaranya, dia dapat mengubati luka dan penyakit mata abangnya. Dalam perlawanan memanah pula, kedua-dua telinga Tak Ong putus terkena panah Tatang.

Tatang mempunyai sifat gagah seperti Badang. Seluruh pokok perah di sektar Pulau Raya dicabutnya kerana anak lelakinya mati termakan buah perah. Sehingga kini dikatakan Pulau Raya tiada pokok perah. Anak perempuannya juga mati kerana memakan buah perah, dan mayatnya dikebumikan di Gunung Tahan. Isteri Tatang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam Sungai Dong ketika melalui sebuah titi untuk menyeberang.

Setelah kematian keluarganya, Kelembai menjadi seorang yang selalu berdukacita. Dia tidak gemar melihat orang bersuka-suka. Dia sering sahaja menegur dan menyumpah sesuatu yang dilihatnya.

Di Pahang Sang Kelembai ini dikatakan berasal dari sebuah gunung dan tinggal dalam hutan yang terletak di KualaTahan serta turut mempunyai keluarga di sana, Namun tidak pernah diketahui siapa isterinya dan berasal dari mana kerana hanya kisah Sang Kelembai dan anaknya sahaja yang sering diceritakan. Kononnya anak Sang Kelembai telah meninggal dunia akibat mabuk selepas memakan buah perah.

Kota Gelanggi pula merupakan salah satu tempat yang banyak mengisahkan tentang Sang Kelembai ini suatu ketika dulu dan turut berkait serta menjadi pengukuh cerita sejarah gua tersebut. Kota Gelanggi ini dahulunya merupakan sebuah istana milik seorang raja yang bernama Raja Gelanggi dan baginda dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang cantik serta baik dan telah ditunangkan dengan seorang raja di Rembau yang bernama Raja Usul.Kecantikan Puteri Raja Gelanggi telah diketahui oleh seorang raja dari kayangan yang bernama RajaMambang dan ingin memperisterikan puteri rajatersebut. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerimapinangan itu dan mengahwinkan puterinya dengan Raja Mambang.

Tiba – tiba berlaku peperangan telah berlaku antara angkatan RajaUsul dan Raja Mambang dan maka pada ketika inilah Sang Kelembai muncul sertamenegur tentang perangai dua jenis makhluk ini berperang kerana seorang perempuan. Akibat sumpahan itu semua yang ada di situ menjadi batu, lancangnyamenjadi tanah, laut menjadi padang, sungai menjadi lembah dan segalanya musnah begitu sahaja. Maka dengan ini, wujudnya Gua Kota gelanggi yang mempunyai batu-batu yang mempunyai bentuk manusia, binatang dan berbagai-bagai akibat dari teguran Sang Kelembai.



Di Perak pula sebagai contohnya di kawasan Perak Tengah dikatakan bahawa Sang Kelembai juga berada disana. Menurut cerita orang tua – tua diatas sebuah bukit berdekatan Jambatan Nordin yang menghubungkan Tanjung Belanja dan Parit terdapat batu –batu orang ramai yang menyambut majlis perkahwinan dan penceritaannya juga agak sama dengan apa yang berlaku di Jerantut. Walaubagaimanapun Pekan Batu Gajah Perak pula mengambil nama dari sekumpulan gajah yang disumpah ketika berada di kawasan tepi sungai Perak. Kononnya pada waktu itu Sang Kelembai sedang tidur dan terus menyumpah kawanan gajah itu kerana membuat bising. Menurut orang ramai kawanan gajah itu masih lagi boleh dilihat tidak jauh dari kawasan pinggir Sungai Perak. Wujudnya Gunung Bubu di Perak kononnya akibat sumpahan anak Sang Kelembai ke atas bubu yang digunakannya untuk menangkap ikan tapi dia tidak menyangka bahawa bubunya telah rosak dan tidak diperbaiki. Akibat terlalu marah anak Sang Kelembai mencampakkan bubunya diatas sebuah gunung yang kita kenal hari ini. Tidak dapat dipastikan dimanakah kedudukan Gunung Bubu itu kerana terdapat 2 Gunung Bubu iaitu di Kuala Kangsar dan Grik, Perak. 

Manakala Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.

Sesungguhnya cerita Sang Kelembai ini membawa banyak teladan dan dianggap kisah waktu tidur untuk anak – anak. Tapi yang mitos itu tidak semestinya tidak wujud hanya kerana tiada bukti. Tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Inikan pula bangsa Melayu yang terkenal dengan sejarah lisannya .

Jika anda ada kisah yang sama di tempat anda kongsilah. Siapa tahu akan ada sesuatu yang menarik tentang Sang Kelembai ini!

Kisah Pawang Kadir dan buaya sungai Pahang

CERITA RAKYAT: PAWANG KADIR, PAWANG PERKASA

Pelbagai sumber cerita di BLOG INI

Pada zaman dahulu kala, Sungai Pahang merupakan sungai yang sibuk dengan aktiviti nelayan. Bukan itu sahaja, Sungai Pahang juga pernah menjadi habitat ratusan ekor buaya. Bagi memastikan keharmonian di antara buaya dan nelayan sungai, Sultan Abu Bakar telah memerintahkan  Pawang Diraja, Pawang Kadir untuk mengawal keadaan di Sungai Pahang. 



Pawang Kadir bukan sebarang pawang. Dia merupakan anak kelahiran Kampung Guai, Bera yang hebat kerana boleh berkomunikasi dengan haiwan. Oleh sebab itu, Sultan Abu Bakar Telah mengarahkan Pawang Kadir untuk mengawal buaya-buaya di Sungai Pahang kerana Sungai Pahang merupakan sumber pencarian rakyat Pahang dan juga tempat rakyat menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan membersihkan pakaian. 

Selama beberapa tahun, rakyat Pahang dan buaya Sungai Pahang hidup dengan aman sehingga kemunculan seekor buaya hitam dan besar bernama Karisma. Karisma enggan menurut arahan Pawang Kadir kerada Karisma merasakan bahawa dia lebih kuat dan hebat kerana bersaiz besar serta mempunyai gigi tajam. Oleh sebab itu, Karisma sering mengganggu nelayan sungai dan para wanita yang mencuci pakaian di Sungai Pahang sehingga ada rakyat yang cedera parah.

Berita tentang Karisma sampai ke telinga Pawang Kadir, lalu dia pun pergi ke Sungai Pahang untuk bersemuka dengan Karisma. Karisma pun naik ke darat dengan angkuh dan mengajak Pawang Kadir bertarung. Apabila Karisma hendak terjah membaham Pawang Kadir, tiba-tiba tubuhnya kaku, panas dan giginya gugur semua. Kerana tidak tahan panas, Karisma pun terjun semula ke dalam sungai, tetapi panas tidak juga hilang.

Pawang Kadir menyuruh Karisma berjanji agar tidak bikin kacau di Sungai Pahang lagi jika mahu dilepaskan. Karisma pun menjerit kepanasan dan berjanji untuk menurut apa saja arahan Pawang Kadir. Setelah mendengar perjanjian tersebut, Pawang Kadir pun membebaskan Karisma daripada sumpahan tersebut. Badan Karisma kembali sejuk dan gigi Karisma kembali tumbuh. 

Semenjak kejadian tersebut, tida lagi kejadian gangguan buaya di Sungai Pahang. Sambung baca blog CIKGU  INI

Kenapa buaya Sungai Pahang tak ganggu orang?


Sumber pelbagai cerita DI BLOG INI

Saban tahun sungai Sarawak ada korban buaya akan tetapi, kenapa buaya sungai Pahang tak makan orang? Pernah tak kita terfikir, sejak dari dulu hingga kini sungai Pahang sentiasa dikunjungi terutama pada musim kemarau Mac 2019 ni. Siap berpesta cari etak2 di air yang cetek. Tak kira musim banjir atau kemarau buaya memang ada. Memang ramai netizen yang terserempak buaya tapi tak mengganggu orang pun.

Kalau zaman dulu, memang banyak buaya boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang. Misalnya, buaya di sungai Triang, saiznya MasyaAllah amatlah besor, tapi yang paling menghairankan, ia tak menganggu dan membaham manusia. Bukan buaya di sungai pahang tak suka makan daging orang, cume buaye2 neh sebenarnye telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang (dengan izin Allah) Siapakah yang melarangnye?? Adakah ia kebetulan atau....Wallahuallam.

Kehebatan ilmu orang dulu-dulu dalam bab mistik dan paranormal adelah amat menakjubkan. Kisah Pawang-pawang yang hebat pada zaman peperangan jepun dan komunis misalnya. Pawang Kader,seorang tokoh yang disegani, namanye amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.

Haji Abdul Kadir bin Haji Awang. Ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Lahir pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerite lisan, beliau adelah seorang pawang besar.

Boleh baca juga cerita Kehebatan Pawang Kadir Melawan Buaya di sini.

Kebolehannye menjinokkan dan mengarahkan buaya-buaya adelah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang adelah tidak dapat disangkalkan lagi. Pernah terjadi seorang Orang asli di tasek Chini telah dibaham buaye dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaye itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaye tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia.Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu,termasuklah mangse yang digigit buaye tersebut.



Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain. Tetapi jasa mereka kepada agama dan bangsa melayu terutamanye tak sepatutnye kite lupekan. Kisah mereka juge patut dibukukan supaye nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada kita.

Semuga Allah tempatkan mereka-mereka semua ini bersama orang-orang yang beramal soleh dan mendapat rahmat Allah hingga ke hari kiamat.Sama-sama kita hadiahkan Al fatihah buat roh mereka....al fatihah.

Banyak lagi kisah asal-usul/mistik/dongeng di Pahang, akan dikongsi dalam post akan datang. Bukan itu saja, di Pahang juga banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

Tonton video tentang kisah Buaya Pahang tak makan orang di sini :



Bagaimana pula pengalaman anda yang pernah terserempak dengan buaya waktu turun ke sungai Pahang? Jom kongsi di ruang komen. Wallahuaklam

Sambung baca di SINI


Kereta dilanggar nelayan, lelaki tak minta ganti rugi malah bagi duit gantikan beras ang tumpah

Kemalangan yang berlaku di Filipina melibatkan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta mewah mendapat perhatian orang ramai.
Kereta yang dipandu Sayd telah dilanggar daripada belakang oleh penunggang motosikal sehingga menyebabkan guni beras yang dibawa bersamanya bertaburan diatas jalan.
Insiden tersebut membuatkan ramai yang bersimpati kerana penunggang motosikal tersebut didakwa seorang nelayan yang memiliki sumber pendapatan yang terhad.


Beras yang dibeli itu adalah satu-satunya sumber makanan untuk anak-anak dirumah
Lebih teruk, nelayan tersebut turut tidak mampu menggantikan kerosakkan yang dialami Sayd.
Pun begitu, Sayd sedikit pun tidak meminta ganti rugi malah memberikan sejumlah wang untuk nelayan tersebut membeli beras yang baru.
Sebagai seorang bapa, hati Sayd turut tersentuh apabila memikirkan anak-anak yang menunggu di rumah dengan harapan ayah mereka membawa makanan untuk dijamah pada hari itu.
Perkongsian Sayd di Facebook miliknya rata-rata membuatkan netizen tersentuh dan memuji kebaikannya.

Budak Eggboy yang berani

“Inilah saat ketika saya merasa bangga sebagai seorang manusia. Kepada semua, umat Islam bukan pengganas dan keganasan tidak mempunyai agama. Bagi semua orang yang menganggap umat Islam sebagai sebuah komuniti pengganas, mereka mepunyai kepala dungu seperti Anning.”




Islam bukanlah agama yang menggalakkan keganasan, sebaliknya menggalakkan keamanan.....

Kisah lelaki yang membelah gunung



Kisah seorang pelombong arang, Dasrath Manjhi yang mampu menghancurkan gunung hanya menggunakan pahat dan penukul adalah perkara terakhir yang terlintas di fikiran kebanyakan orang yang waras. Tapi kali ini, lelaki India ini sanggup memecahkan gunung. Memang luar biasa.
Semuanya bermula apabila isteri kepada Dasrath Manjhi, iaitu Falguni tergelincir semasa melintasi Gunung Gehlaur, lalu meninggal dunia akibat gagal mendapatkan rawatan dalam tempoh waktu yang sepatutnya. Beliau kecewa dengan kecelakaan yang menimpa dirinya dan enggan perkara yang sama menimpa orang lain. Manjhi nekad akan memecahkan gunung tersebut dengan tangannya sendiri.


Video pendek ni memaparkan kisah kehidupan Dasrath Manjhi yang sanggup membelah gunung selama 22 tahun kerana memudahkan laluan penduduk Bihar yang selama ini mereka berjalan hampir 70 km kini menjadi 1 km sahaja! Segalanya bermula disini.


Mari kita sama sama jadikan kisah Dasrath Manjhi ini sebuah inspirasi buat semua bahawa jangan mudah berputus asa dengan tindakan yang kita buat dan percayalah setiap usaha pasti ada jalan. Inshaallah!